Kerajaan China Wajibkan Imbasan Wajah Pengguna Yang Daftar Nombor Telefon

Kerajaan China Wajibkan Imbasan Wajah Pengguna Yang Daftar Nombor Telefon

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Kerajaan China akan mewajibkan pengendali syarikat telekomunikasi mengumpul imbasan wajah pengguna yang hendak mendaftar nombor telefon baharu di cawangan di luar talian bermula hari ini.

Pihak berkuasa teknologi maklumat berkata, peraturan itu dibuat bagi mengetatkan kawalan ruang siber di negara itu.

Katanya, pengendali syarikat telekomunikasi perlu menggunakan ‘kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain’ untuk mengesahkan identiti pengguna apabila mereka hendak mendaftar nombor telefon baharu.

Seorang wakil perkhidmatan pelanggan China Unicom memberitahu AFP bahawa ‘padanan gambar’ pada 1 Disember itu mengkehendaki pelanggan yang hendak mendaftar nombor telefon baharu perlu merakamkan diri dengan menoleh kepala dan berkerdip.

“Dalam langkah seterusnya, kementerian kami akan meningkatkan pengawasan dan pemeriksaan…dan bertegas mempromosikan pengurusan pendaftaran nama sebenar bagi pengguna telefon,” katanya.

Sementara itu, segelintir pengguna media sosial China menyuarakan kebimbangan serta sokongan susulan notis pengesahan muka itu bila mana mereka khuatir sekiranya data biometrik mereka dibocorkan atau dijual.

“Ini sudah melampau,” kata seorang pengguna Weibo yang memberikan komen dalam satu artikel mengenai peraturan baharu itu.