Kerajaan Indonesia Sediakan ‘Rumah Selamat’ Akibat Jerebu Yang Semakin Teruk

Kerajaan Indonesia Sediakan ‘Rumah Selamat’ Akibat Jerebu Yang Semakin Teruk

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Jerebu yang semakin teruk melanda Indonesia akibat kebakaran hutan mutakhir ini terutamanya di Riau dan wilayah Kalimantan Barat dipandang serius oleh kerajaan Indonesia.

Justeru, Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia telah menyediakan sejumlah ‘rumah selamat’ atau perlindungan bagi kanak-kanak dan warga emas, yang mana bandar atau perkampungan mereka

Ketua Pengarah Perlindungan dan Keselamatan Sosial kementerian, Harry Hikmat yang dipetik portal berita Antara berkata “kami sudah sediakan rumah-rumah selamat di wilayah terjejas akibat kebakaran hutan.”

Program rumah selamat dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perumahan Awam, Agensi Pengurusan Mitigasi Bencana (BNPN), Tentera Nasional Indonesia (TNI), polis serta pihak berkuasa tempatan.

Kediaman perlindungan itu dilengkapi dengan pembersih udara untuk oksigen segar dan katil boleh lipat.

Rumah-rumah itu ditutup rapat bagi mencegah asbut meresap ke dalam dan dikendalikan oleh kakitangan terlatih termasuk ahli-ahli psikologi dan anggota paramedik.

Berdasarkan data pemantauan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 1,231 titik panas dikesan di Sumatera, Kalimantan (1,865) di Indonesia, Semenanjung Malaysia (412) serta Sarawak dan Sabah (216).