Kerajaan Itali Panggil Semula Pesara Doktor Perubatan Bagi Membanteras Penularan Wabak COVID-19

Kerajaan Itali Panggil Semula Pesara Doktor Perubatan Bagi Membanteras Penularan Wabak COVID-19

0
SHARE

ROM, ITALI – Selain menambah hampir 20,000 kakitangan sokongan, kerajaan Itali telah memanggil semula pesara doktor peruabtan bagi membanteras penularan wabak COVID-19 daripada terus mencatatkan peningkatan.

Langkah itu diambil oleh kerajaan Itali selepas mengadakan mesyuarat Kabinet susulan laporan daripada negara Mediterranean yang mencatatkan 49 lagi kematian.

Kes COVID-19 membabitkan Itali semalam turut menunjukkan peningkatan tertinggi dalam tempoh dua minggu ini dengan kematian keseluruhan seramai 197 orang.

Angka kematian ini direkodkan sebagai yang terbesar berlaku di luar negara China…

Kebimbangan utama kerajaan Itali pada ketika ini adalah bagi membendung jangkitan wabak COVID-19 termasuklah risiko sekiranya ia tersebar dalam kalangan rakyatnya yang miskin dan tinggal di kawasan yang kemudahan perubatannya agak terbatas.

Memetik laporan AFP, peningkatan mendadak penularan wabak COVID-19 ini telah menyebabkan laluan kereta api dan penerbangan di Itali turut dikosongkan sekali gus situasi sunyi dan lengang itu mengubah ibu kota negara itu menjadi ‘bandar hantu’.

Selain itu kebanyakan restoran dan kafe terbuka turut mengambil langkah menutup operasi perniagaan sejak semalam.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan kerajaan Itali supaya memberi tumpuan yang serius kepada langkah pembendungan wabak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)…

Kerajaan Itali dalam masa sama melihat keperluan untuk menambah jumlah kakitangan hospital membabitkan jabatan tertentu seperti respiratori dan wabak berjangkit.

Untuk rekod, rakyat Itali yang menerima rawatan secara intensif bagi COVID-19 semalam adalah seramai 462 orang, ia menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 4,636.