Kerajaan Kenakan Caj Kuarantin Ke Atas Semua Individu Bermula 1 Jun Ini

Kerajaan Kenakan Caj Kuarantin Ke Atas Semua Individu Bermula 1 Jun Ini

0
SHARE
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

“Bagi warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara mereka akan dikenakan caj kuarantin hotel sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh iaitu pada siling RM150 sehari…

“Bagi bukan warganegara Malaysia (dependant)/permastautin tetap mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya sebanyak RM150 sehari,” katanya.

Selain itu katanya, menerusi Sidang MKN, mereka sebulat suara  membuat keputusan untuk mewajibkan semua yang ingin pulang ke Malaysia untuk menandatangani Surat Setuju Pembayaran 50 peratus (50%) bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus (100%) bagi bukan warganegara Malaysia melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat.

“Ia susulan terdapat ramai di kalangan bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia apabila pulang ke tanah air mereka enggan bayar.

“Jadi kita putuskan mereka perlu tandatangani surat akujanji setuju pembayaran sebelum pulang ke sini,” katanya.