Kerajaan Negeri Perak Beri Insentif RM15,000 Seorang Jika Layak Ke Peringkat Akhir...

Kerajaan Negeri Perak Beri Insentif RM15,000 Seorang Jika Layak Ke Peringkat Akhir Piala Malaysia 2018

0
SHARE

IPOH, PERAK – Kerajaan negeri Perak mengumumkan akan memberikan insentif sebanyak RM15,000 seorang kepada setiap pemain pasukan bola sepak negeri itu sekiranya berjaya melangkah ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia 2018.

Kosmo Online melaporkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif tersebut diumumkan bagi menaikkan lagi semangat para pemain bagi menghadapi perlawanan separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik antara Perak dan Sabah pada Ahad ini serta 21 Oktober depan.

“Kerajaan negeri sangat berpuas hati dengan peningkatan prestasi pasukan bola sepak sehingga berjaya melangkah ke separuh akhir… 

“Oleh sebab itu, saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM15,000 seorang kepada setiap pemain sekiranya kita berjaya memasuki perlawanan akhir nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Tengah Hari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bersama Menteri Besar Perak di Kelab Golf Diraja Perak di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How.