Kerajaan PH Akan Mencari Semula Pesawat MH370 Jika Ada Bukti Kukuh

Kerajaan PH Akan Mencari Semula Pesawat MH370 Jika Ada Bukti Kukuh

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lepas, jika ada bukti kukuh mengenai keberadaannya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Kerajaan telah menyatakan bahawa jika ada bukti kukuh dan penemuan meyakinkan bahawa kita dapat mencari pesawat itu, kita akan mempertimbangkan semula. 

Anthony Loke Siew Fook…

“Kita tidak menutup sepenuhnya ruang untuk kemungkinan meneruskan misi pencarian, tetapi kerajaan tidak boleh buat pencarian sepanjang masa, tanpa bukti kukuh,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

– BERNAMA