Kerajaan PH Beri Bantuan Awal Persekolahan RM100 Kepada Pelajar Tahun 1 Hingga...

Kerajaan PH Beri Bantuan Awal Persekolahan RM100 Kepada Pelajar Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

0
SHARE
Lim Guan Eng...

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi bantuan awal persekolahan sejumlah RM100 kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata, pemberian bantuan ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

“Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan di awal tahun…

“Sehubungan dengan itu, tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM328 juta yang akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diagih ke sekolah-sekolah mulai Januari 2019,” katanya lagi.

Tambah Guan Eng, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) pada masa kini juga komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang termasuk dari aspek barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.