Kerajaan PH Dapat Tangani Gejala Rasuah Yang Berleluasa Sebelum Ini – Tun...

Kerajaan PH Dapat Tangani Gejala Rasuah Yang Berleluasa Sebelum Ini – Tun M

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baharu pimpinan beliau sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya.

Perdana menteri berkata, ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah.

“Kita dapati cakap-cakap mulut dan aduan┬ádaripada syarikat dan peniaga bahawa kerajaan (terpalit) rasuah tak kedengaran lagi…

Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang bertanya, eh apa jadi kepada negara kamu.

“Ini kerana apabila kita menukar kerajaan (sebelum ini) kita sekali gus sudah banteras rasuah. Rasuah sudah hampir tidak ada kerana orang takut dengan undang undang yang kita gubal (dan dikuatkuasakan),” kata Perdana Menteri.

Mahathir berkata demikian dalam temu bual khas yang disiarkan stesen televisyen Astro Awani.

– BERNAMA