Kerajaan PH Perlu Cari Sumber Dan Lain Untuk Bayar Hutang Negara –...

Kerajaan PH Perlu Cari Sumber Dan Lain Untuk Bayar Hutang Negara – Tun M

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mencari sumber dana lain untuk membayar hutangnya, termasuk mengenakan cukai baharu dan menjual beberapa asetnya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu merupakan antara cara untuk kerajaan memperoleh wang, namun belum ada keputusan mengenai cukai baharu,” katanya pada ‘Malaysia : A New Investors Dawn New” di sini hari ini.

“Ia berbeza dan kurang membebankan rakyat. Beginilah caranya untuk kami mengenal pasti bentuk cukai yang boleh dilaksanakan,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada persidangan pelabur institusi berprofil tinggi yang dihoskan oleh Kerajaan Malaysia, dengan kerjasama Maybank, CIMB Group Holdings Bhd dan Kumpulan Perbankan RHB.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata kerajaan juga akan mengkaji kemungkinan menjual aset, seperti tanah dan aset lain yang berharga, untuk membayar hutang…

Beliau berkata semasa pentadbiran terdahulu, tanah dijual kepada orang asing, suatu amalan yang menurutnya ‘tidak baik’ untuk negara.

“Kita masih boleh menjual tanah kepada penduduk setempat supaya mereka dapat membangunkan, seperti projek perumahan dan penempatan yang mereka yakini dapat memberi pulangan,” katanya.

Dr Mahathir berkata pentadbirannya perlu mengenal pasti kaedah untuk membangunkan semula kerajaan walaupun itu tidak mudah kerana orang baharu yang berjawatan tinggi.

“Ini adalah masalah yang dihadapi oleh Malaysia, namun kami berharap dapat mengatasinya… dan membina semula jentera kerajaan yang telah musnah oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

– BERNAMA