Kerajaan PH Terbuka Terima Cadangan Untuk Membina Malaysia Baharu – TPM

Kerajaan PH Terbuka Terima Cadangan Untuk Membina Malaysia Baharu – TPM

0
SHARE
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka kepada cadangan dan saranan daripada semua lapisan masyarakat dalam membantu membina Malaysia baharu yang lebih cemerlang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik kenyataan Sinar Harian, beliau dipetik berkata bahawa usaha pentadbiran kerajaan merencana pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dengan penglibatan seluruh masyarakat.

“Kita mahukan kerajaan baharu ini lebih mesra dan memahami semua golongan masyarakat…

“Kita berharap, tiada pihak ketinggalan dalam usaha membangunkan negara dan sebab itu, peranan dan sumbangan masyarakat amat penting dan bermakna kepada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan di Seri Satria di sini, hari ini.

Sumber Foto; Bernama…

Majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu disertai 250 tetamu istimewa golongan asnaf dan kurang upaya daripada beberapa pusat dan rumah kebajikan termasuk Persatuan Cina Muslim He Ping, Persatuan Autism Muslim Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirkan harapan untuk mengenali dan memahami lebih dekat dengan golongan istimewa tersebut bagi memudahkan tugasnya membantu mereka yang berkenaan.

“Insya-ALLAH, ia akan dapat membantu tugas saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.