Kerajaan PH Terima Sindiran Najib Razak Berhubung Bandar Malaysia

Kerajaan PH Terima Sindiran Najib Razak Berhubung Bandar Malaysia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila ingin meneruskan pembinaan di Sungai Besi.

Memetik kenyataan Najib di laman media sosial Facebook miliknya, beliau berkata “Siapa yang pernah dihasut dan ditipu Pakatan Harapan (PH) dengan isu Bandar Malaysia bahawa Barisan Nasional (BN) jual negara, sila angkat tangan.”

“Selepas tiga tahun menghasut rakyat dan memfitnah BN menjual negara kepada negara China, PH kata mereka baru faham bahawa BN sebenarnya telah tersilap jual negara kepada syarikat kerajaan?

“Oh. Macam tu rupanya,” tulis Najib dalam Facebook milinya hari ini.

Sumber Foto; Laman media sosial Facebook Najib Razak…

Pada masa itu, Najib juga memuatnaik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa syarikat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membina Bandar Malaysia semalam.

“Saya minta kawan-kawan kongsi video ini supaya kebenaran dapat ditegakkan kerana saya telah lama difitnah dengan isu ini,” pesan Najib di akhir kenyataannya.