Kerajaan Sabah Kaji Tarik Semula Pengharaman Bot Pam

Kerajaan Sabah Kaji Tarik Semula Pengharaman Bot Pam

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri menjalankan kajian untuk menarik semula pengharaman penggunaan bot pam dalam kalangan nelayan di pesisir pantai.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pengharaman bot itu sebelum ini telah menyebabkan golongan nelayan miskin hilang mata pencarian.

Justeru, ujar beliau, kerajaan yang baharu sedang menjalankan kajian untuk membantu para nelayan di peringkat akar umbi menjana pendapatan.

“Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk membenarkan penggunaan bot pam yang dilihat menghalang golongan nelayan miskin untuk mencari rezeki…

“Kita akan membincangkannya dengan lebih lanjut bersama pihak Polis dan semua agensi penguatkuasa mengenai pelaksanaannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Polis Kontinjen (IPK) Sabah dekat sini, Rabu lepas.

Ketika ditanya mengenai langkah mengekang jenayah rentas sempadan yang berlaku di perairan Pantai Timur Sabah, Shafie menjelaskan, beberapa langkah perlu diperhalusi termasuk penguatkuasaan dokumen rakyat dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina supaya masuk ke nagara ini secara sah.

Selain itu, kata Shafie, pasukan keselamatan juga perlu memperkasakan kaedah bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras jenayah tersebut.

“Pasukan keselamatan harus menitikberatkan aspek kebersamaan masyarakat, bukan sahaja sebagai payung tetapi mereka perlu menjadi sahabat yang akrab kepada golongan nelayan,” tambahnya.

Terdahulu, Shafie menghadiri Taklimat Keselamatan Negeri di Dewan Persidangan IPK diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Timbalannya, Datuk Razarudin Hussein serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman