Kerajaan Warisan Bakal Tumbang Di Sabah, Susulan Dua ADUN UPKO Isytihar Keluar...

Kerajaan Warisan Bakal Tumbang Di Sabah, Susulan Dua ADUN UPKO Isytihar Keluar Parti

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seperti diduga Kerajaan Warisan, UPKO, PKR dan DAP bakal tumbang di Sabah susulan dua (2) ADUN Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan keluar parti pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.26 Kuala Penyu yang juga Naib Presiden UPKO Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib dalam satu sidang akhbar pagi ini telah membuat kenyataan secara rasmi keluar dari parti gabungan Warisan itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Limus dalam satu kenyataan berkata kepada wartawan bahawa beliau telah hilang kepercayaan dengan Presiden Parti UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau selepas memutuskan hubungan dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

YB Datuk Limus Jury (ADUN Kuala Penyu) mengisytiharkan keluar Parti UPKO dan menyokong Perikatan Nasional (PN)…

James Ratib (ADUN Sugut) yang juga Ahli Majlis Tertinggi UPKO dalam satu kenyataan pula berkata, keputusan untuk keluar dari Parti UPKO dan memilih menjadi wakil rakyat bebas dibuat bagi menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) demi manfaat dan kebaikan rakyat di kawasan (Sugut) yang diwakilinya.

YB Datuk James Ratib (ADUN Sugut) mengisytiharkan keluar Parti UPKO dan menyokong Perikatan Nasional (PN)…

James juga menyatakan bahawa lebih ramai lagi wakil rakyat Parti Warisan Sabah akan keluar Parti bagi mengikuti jejak langkah mereka berdua.

Empat (4) hari yang lepas, Shafie telah mengumumkan kesemua wakil rakyat Parti Warisan, UPKO, PKR dan DAP bagi merayu untuk terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Shafie.

Pertemuan bersama semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan-DAP-PKR-UPKO untuk menyokong kepimpinan Shafie Apdal…

Shafie menyatakan kehadiran majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dalam pertemuan bersama Presiden WARISAN itu membuktikan sokongan wakil rakyat kerajaan masih teguh bersama perjuangan parti.

Mutakhir ini, Parti Warisan telah ditolak sepenuhnya oleh majoriti rakyat Sabah selepas Shafie gagal membantu menangani masalah rakyat semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan.

Komen netizen (rakyat Sabah) di laman media sosial Facebook…
Komen netizen (rakyat Sabah) di laman media sosial Facebook…
Komen netizen (rakyat Sabah) di laman media sosial Facebook…
Komen netizen (rakyat Sabah) di laman media sosial Facebook…

Shafie baru-baru ini turut mengakui kelemahan dan memohon maaf kerana telah gagal membantu rakyat Sabah yang terjejas akibat COVID-19 walaupun telah berjanji untuk menunaikan janji tersebut.

Shafie mengakui kelemahan dan memohon maaf gagal bantu rakyat Sabah…(Sumber foto dipetik dari portal media tempatan)

Shafie turut dikecam kerana berat sebelah di dalam menyokong lantikan pegawai tinggi Kerajaan Negeri Sabah termasuk mengetuai Syarikat milik Kerajaan apabila kebanyakan lantikan tersebut berasal dari daerah Semporna.

Selain itu, Shafie telah dikritik oleh sebilangan besar kontraktor apabila dikatakan hanya memberikan projek dari kalangan kaum keluarga Shafie sahaja dan selebihnya telah dimonopoli oleh Peter Anthony.

Dalam pada itu, penganalisis politik turut berpendapat bahawa Kerajaan Negeri yang ditunjangi oleh Parti Warisan Sabah akan tumbang dalam tempoh terdekat kerana kelemahan Shafie.

Isu rasuah Peter Anthony dan Shafie Apdal juga dikatakan sebagai motif utama wakil rakyat Warisan, termasuk UPKO, DAP dan PKR akan keluar beramai-ramai meninggalkan parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Peter Anthony…

Dari sumber yang boleh dipercayai, Shafie dikatakan akan turut didakwa di Mahkamah berhubung kes salah guna kuasa peruntukan pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 Billion.

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan reman selama empat (4) pada Oktober 2017 yang lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

Shafie juga dikatakan turut terlibat di dalam kes kehilangan wang deposit bernilai RM15.5 juta penjualan tanah RISDA bersama Peguam Michael Ubu dan Peter Anthony.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…