Kereta Perisai Digunakan Bagi Membawa Skuad Harimau Malaya Keluar Stadium

Kereta Perisai Digunakan Bagi Membawa Skuad Harimau Malaya Keluar Stadium

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Hampir lima kereta perisai digunakan bagi membawa keluar skuad Harimau Malaya dari Stadium Gelora Bung Karno selepas Malaysia berjaya menumpaskan skuad Garuda Indonesia 3-2 pada aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di sini, malam tadi.

Kesemua 24 pemain dan pegawai pasukan negara terpaksa menaiki kereta perisai jenis ‘Barracuda’ ke hotel penginapan atas bagi mengelak diserang penyokong tuan rumah dalam insiden kekecohan yang berlaku.

Kereta Perisai ‘Barracuda’…

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya pernah melalui pengalaman sama selepas dikepung dan dibaling objek keras ketika menjulang Piala AFF 2010 selepas melakar kemenangan agregat 4-2 ke atas Indonesia.

Pada Sukan SEA 2011, situasi sama berlaku apabila pasukan negara sekali lagi dibawa menaiki kereta perisai barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah.