Kes Dadah, Lapan Warga Thailand Diberkas

Kes Dadah, Lapan Warga Thailand Diberkas

0
SHARE

CHERAS – Polis memberkas lapan warga Thailand yang dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya turut menemui tiga tiub mengandungi 1.15 gram dadah ketamin dan empat paket berisi 5.31 gram dadah ketamin di rumah berkenaan ketika serbuan jam 2.45 petang.

“Kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 31 tahun. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM800. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Kesemua suspek tidak fasih berbahasa Malaysia namun hasil pemeriksaan mendapati mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Antara barangan yang dirampas..

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.