Kes Kematian Meningkat 5 Orang, 170 Kes Baharu Positif COVID-19 Dicatatkan Hari...

Kes Kematian Meningkat 5 Orang, 170 Kes Baharu Positif COVID-19 Dicatatkan Hari Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes baharu positif COVID-19 hari ini iaitu sebanyak 170 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,987 orang.

Menurut beliau dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Malaysia menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj telah meningkat daripada jumlah semalam sebanyak 202 orang dan menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 2,478 orang bersamaan dengan 49.69% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: KKM…

Menurutnya lagi sebanyak 60 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan pengurangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan iaitu sebanyak 33 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau dengan dukacita memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes kematian pada hari ini iaitu 5 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia setakat ini 82 kes bersamaan 1.64%.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…