PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 11 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,505 orang.
DARIPADA 11 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, 1 KES ADALAH IMPORT.
SEBANYAK 10 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 6 KES ADALAH BUKAN WARGANEGARA DAN
WARGANEGARA 4 KES.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 333 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 7,733 orang bersamaan dengan 90.92% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 4 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.
Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.43%.
KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;