Kes Tembak Rambang Di Pulau Gaya Disyaki PATI, Rakyat Sabah Kecam!!!

Kes Tembak Rambang Di Pulau Gaya Disyaki PATI, Rakyat Sabah Kecam!!!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Belum pun reda isu aktiviti haram pengeboman ikan berhampiran Pulau Gaya dan beberapa kawasan Pulau di Sabah, malam tadi orang ramai dikejutkan pula dengan berita tiga orang cedera selepas ditembak yang berlaku di Jambatan Lok Urai Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Lokasi Pulau Gaya terletak tidak jauh daripada ibu negeri Sabah dengan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan menggunakan bot dari bandar Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji mengesahkan kejadian tembak tersebut dengan berkata kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini, untuk rawatan lanjut.

“Tiga orang cedera selepas ditembak secara rambang oleh lelaki yang tidak dikenali. Mangsa cedera di perut dan kaki yang terdiri daripada dua lelaki berusia 10 dan 3 tahun, manakala seorang lelaki dewasa berusia 36 tahun. Kejadian berlaku pada pukul 7 malam (5 Feb).”

Foto salah seorang mangsa tembakan yang cedera di kaki…

Dalam pada itu, orang ramai dan warga netizen pula mengecam tindakan tidak bertamadun tersebut yang disyaki telah dilakukan oleh warga Filipina memandangkan lokasi kejadian tembakan itu bertempat di Pulau Gaya.

“Yang amat menakutkan adalah daripada mana penjenayah tersebut memperolehi senjata api untuk menembak?”

“Sejak Shafie Apdal jadi Ketua Menteri Sabah, warga Filipina dilihat semakin ‘besar kepala’ di Sabah, mujurlah PRK Kimanis, Parti Warisan kalah. Kalau tidak, PSS akan dilaksanakan dan makin teruk kadar jenayah di Sabah, sebab itu rakyat Sabah mesti bersolidariti menumbangkan Parti Warisan Sabah sekiranya berlaku pilihan raya pada masa akan datang.”

“Pusat Konvensyen Antarabangsa KK (SICC) akan beroperasi tidak lama lagi, dan amat penting kawalan dibuat di kawasan rumah setinggan dan penduduk di Pulau Gaya kerana terlalu berhampiran dengan SICC. Perwakilan Antarabangsa tidak akan datang untuk menghadiri mana-mana persidangan di SICC sekiranya mereka sedar keselamatan tidak terjamin dari pulau bersebelahan,” demikian sebahagian kenyataan yang dipetik daripada warga netizen bagi mengulas kes tembakan ini.

Berikut merupakan antara beberapa lagi kenyataan netizen yang mengulas isu tembakan di Pulau Gaya tersebut;