Ketua Pemuda PH Kedah Gesa Pihak Polis Siasat Lokmaan Noor Adam Keran...

Ketua Pemuda PH Kedah Gesa Pihak Polis Siasat Lokmaan Noor Adam Keran Fitnah Tun M

0
SHARE
Asmirul Anuar Aris selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kuah, hari ini...

LANGKAWI, KEDAH – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah iaitu Asmirul Anuar Aris membuat satu laporan polis hari ini, menggesa pihak polis jalankan siasatan terhadap Datuk Lokman Noor Adam kerana membuat satu kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ibu bapa negarawan itu.

Asmirul berkata bahawa anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah terhadap Tun Dr Mahathir.

“Dia juga menabur sentimen perkauman kerana menyatakan Dr Mahathir mengikut telunjuk DAP. Sebagai Ketua Pemuda PH Kedah, saya membuat laporan polis ini supaya satu siasatan segera dilakukan,” katanya kepada pengamal media selepas membuat laporan di Balai Polis Kuah, di sini, hari ini.

Lokman Noor Adam…

Menjawab pertanyaan media, Asmirul Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah berkata berbeza pandangan satu perkara biasa dalam politik namun tidak perlu mengeluarkan perkataan menghina dan memfitnah.

“Kita boleh berbeza pandangan, tidak ada masalah tetapi jangan sampai menghina Dr Mahathir dan ibu bapa negarawan itu…

“Video tersebut juga menabur fitnah supaya rakyat membenci Perdana Menteri, rakyat seharusnya tahu Dr Mahathir berkorban pada usia 93 tahun masih berkhidmat untuk rakyat Malaysia disebabkan skandal-skandal kerajaan Barisan Nasional dahulu,” tegas Asmirul.