Khabib Kekalkan Kejuaraan 28 Kali Tanpa Kalah Selepas Tumpaskan Poirier

Khabib Kekalkan Kejuaraan 28 Kali Tanpa Kalah Selepas Tumpaskan Poirier

0
SHARE

ABU DHABI – Petarung MMA tersohor dunia, Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan juga takhta kejuaraan lightweight UFC selepas menumpaskan Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.

Pertarungan tersebut menyaksikan jaguh dari Dagestan, Rusia itu mengalahkan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Untuk rekod, Poirier yang bertemu Max Holloway dalam kejuaraan tersebut pada April lalu, muncul sebagai juara interim lightweight UFC.

Kemenangan Khabib ini juga telah mengesahkan beliau juara sebenar lightweight dengan mengekalkan rekod profesional 28 kemenangan tanpa kalah.

Ini sekaligus menunjukkan Khabib yang juga digelar sebagai ‘The Eagle’ telah mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya untuk kali kedua.

Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober tahun lalu selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.

Namun, kekecohan yang berlaku selepas pertarungan mereka menyebabkan Khabis telah digantung perlawanan selama sembilan bulan manakala McGregor digantung selama enam bulan.

Oleh kerana tempoh sembilan bulan tanpa mempertahankan kejuaraan merupakan satu jangka waktu yang lama, UFC berpendapat kejuaraan interim bagi divisyen lightweight perlu diadakan.