Kim Jong-Un, Donald Trump Mempunyai Hubungan ‘Istimewa’

Kim Jong-Un, Donald Trump Mempunyai Hubungan ‘Istimewa’

0
SHARE

SEOUL, KOREA UTARA – Pegawai kanan Pyongyang dalam kenyataannya hari ini mengatakan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Donald Trump mempunyai hubungan ‘istimewa’ dan ini sekaligus dilihat menyamai kenyataan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat itu minggu ini.

Penganalisis yang dipetik AFP berkata, kenyataan itu menunjukkan Pyongyang masih berharap mencapai persetujuan secara langsung dengan Trump berhubung program nuklearnya, di sebalik ketegasan Washington yang mahu pembinaan senjata dihentikan sebelum menarik balik sekatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan agensi berita rasmi KCNA, penasihat Kementerian Luar, Kim Kye Gwan, berkata beliau bertemu Jong-un beberapa hari lalu dan memberitahunya bahawa hubungan beliau dan Trump adalah istimewa.

Laporan dikeluarkan beberapa hari selepas Trump berkata mengenai Jong-un: “Kami salin menyukai. Kami mesra.

“Kami saling menghormati.”

Penganalisis berkata, Korea Utara mahu mengeksploitasi hubungan antara Jong-un dan Trump, untuk memperoleh konsesi AS dalam rundingan nuklear.

Ia sebelum ini memuji keberanian luar biasa Trump ketika berulang kali menuntut Washington tampil dengan kaedah baru menjelang akhir tahun ini.

Pyongyang faham pegawai AS akan membantah penarikan semula sekatan sebelum pembatalan program nuklear dan oleh itu, ia mahukan rundingan secara langsung dengan Trump, kata profesor pengajian Korea Utara di Universiti Dongguk di Seoul, Koh Yu-hwan.

“Korea Utara menghantar mesej, kecuali Trump yang membuat panggilan, rundingan akan gagal dan mereka kini berada di persimpangan,” katanya.