Kimanis Bakal Jadi Hab Pendidikan Negeri Sabah

Kimanis Bakal Jadi Hab Pendidikan Negeri Sabah

0
SHARE
Sumber Foto; The Malay Mail Online

KIMANIS, SABAH – Daerah Kimanis yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu bakal menjadi hab pendidikan di ne­geri ini pada masa akan datang.

Terkenal sebagai kawasan perindustrian bagi minyak dan gas, daerah tersebut juga dicadangkan untuk dibangunkan sebuah cawangan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang juga penyandang kerusi Parlimen Kimanis berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi yang dilihat bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri untuk menuju ke arah Revolusi Industri 4.0.

“Ini merupakan perancangan jangka masa panjang dan perkara ini sudah dibincangkan antara kedua-dua pemimpin peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan parlimen ini. 

“Dalam perbincangan awal, saya pernah memohon kepada pihak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk membangunkan sebuah lagi Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kawasan ini dengan melihat keperluan dan kesesuaian,” katanya selepas merasmikan program Karnival Mini KPT4U di sini semalam.