KKM Hantar 2 JTMP, 9 Juru X-Ray Ke Hospital Sabah

KKM Hantar 2 JTMP, 9 Juru X-Ray Ke Hospital Sabah

0
SHARE
Sumber Foto: Bernama...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghantar dua (2) Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan sembilan (9) juru X-ray (Diagnostik) dari Semenanjung untuk ditugaskan di hospital di Sabah.

Menurutnya, kesemua mereka telah dimobilisasi ke Sabah pada Jumaat lepas menaiki pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).

“Mereka merupakan petugas daripada beberapa institusi dan hospital KKM iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Sultanah Nora Ismail, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Kanser Negara,” katanya dalam satu hantaran terbaharu dalam akaun Facebooknya semalam.

Dr Noor Hisham berkata kesemua petugas barisan hadapan ini masing-masing ditugaskan ke Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.Terdahulu, seramai lima (5) JTMP masing-masing dari Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Okt lepas.

“Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK).”Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilisasi ke MKA KK,” katanya lagi.