KKM Laporkan 1 Kematian Dan 8 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

KKM Laporkan 1 Kematian Dan 8 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 8 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,704 orang.

DARIPADA 8 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT Empat (4) KES IMPORT.

empat (4) KES LAGI MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA dua (2) KES DARI KALANGAN BUKAN WARGANEGARA dan DUA (2) KES LAGI MELIBATKAN WARGANEGARA  1 DI SABAH DAN 1 LAGI DI sarawak.

Menurut laporan harian perkembangan COVID-19 di laman media sosial rasmi KKM, jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 4 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,515 orang bersamaan dengan 97.83% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurut laporan itu lagi sebanyak 3 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 2 pesakit.

Dukacitia dilaporkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian di Malaysia setelah sekian lama tiada kes kematian direkodkan, setakat ini jumlah kes kematian sebanyak 122 kes iaitu bersamaan 1.40%.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P