KKM Laporkan 15 Kes BaharU COVID-19 Hari Ini Dan 21 Orang Sembuh

KKM Laporkan 15 Kes BaharU COVID-19 Hari Ini Dan 21 Orang Sembuh

0
SHARE
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 15 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,587 orang.

DARIPADA 15 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT DUA (2) KES IMPORT.

SEBANYAK 13 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA kesemua kes DARI KALANGN BUKAN WARGANEGARA.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 21 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,177 orang bersamaan dengan 95.23% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurutnya lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.41%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P