KKM Laporkan 19 Kes Baharu Positif COVID-19, 51 Orang Sembuh Dan Terdapat...

KKM Laporkan 19 Kes Baharu Positif COVID-19, 51 Orang Sembuh Dan Terdapat 1 Kematian Hari Ini

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 19 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,266 orang.

Daripada 19 kes baharu positif, tujuh (7) adalah kes import dan 12 adalah penularan tempatan, manakala Daripada jumlah penularan tempatan, tiga (3) kes adalah Bukan Warganegara manakala baki sembilan (9) adalah Warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 51 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 6,610 orang bersamaan dengan 79.97% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurutnya lagi sebanyak kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 1 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian sebanyak 116 kes iaitu bersamaan 1.40%.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P