KKM Laporkan 3 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 16 Orang Sembuh

KKM Laporkan 3 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 16 Orang Sembuh

0
SHARE
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 3 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,637 orang.

DARIPADA 3 KES, satu (1) kes adalah import dan sebanyak 2 kes MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA KESEMUA KES DARI KALANGAN WARGANEGARA.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 16 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,334 orang bersamaan dengan 96.49% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurutnya lagi sebanyak 4 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 1 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.40%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P