KKM Laporkan 3 Kes Baharu Positif COVID-19, Sebanyak 62 Orang Sembuh

KKM Laporkan 3 Kes Baharu Positif COVID-19, Sebanyak 62 Orang Sembuh

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 3 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,643 orang.

DARIPADA 3 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT SATU (1) KES IMPORT DI Johor.

DUa (2) KES LAGI MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DARI KALANGAN bukaN WARGANEGARA masing-masing 1 DI SABAH dan 1 lagi di kuala lumpur.

Menurut laporan harian perkembangan COVID-19 di laman media sosial rasmi KKM, jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 62 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,437 orang bersamaan dengan 97.62% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurut laporan itu lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 2 pesakit.

Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.40%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P