KKM Laporkan 31 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 51 Orang Sembuh Hari...

KKM Laporkan 31 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 51 Orang Sembuh Hari Ini

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 31 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,369 orang.

Daripada 31 Kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah import.

Sebanyak 20 kes melibatkan penularan tempatan di mana 19 kes adalah bukan warganegara dan
warganegara 1 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 51 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 7,065 orang bersamaan dengan 84.42% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 118 kes iaitu bersamaan 1.41%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P