KKM Laporkan 53 Orang Pulih Dan 48 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari...

KKM Laporkan 53 Orang Pulih Dan 48 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 48 (termasuk 4 kes import) orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,185 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 53 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 5,912 orang bersamaan dengan 82.28% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 5 pesakit.

Sumber Foto: CPCC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian di Malaysia setakat ini kekal sebanyak 115 kes bersamaan 1.61%.

KKM turut menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi,
warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa sekurang-kurangnya 1meter.