KKM Maklumkan Tiada Lagi Sidang Akhbar Harian COVID-19 Bermula Minggu Depan

KKM Maklumkan Tiada Lagi Sidang Akhbar Harian COVID-19 Bermula Minggu Depan

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan COVID-19 mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Ini…

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar semalam yang telah menjadi rutin harian KKM bermula 27 Februari lalu iaitu sejak negara dilanda pandemik COVID-19 lebih tiga bulan lalu.

Namun, beliau tidak memberikan perincian mengenai jadual sidang media yang baru.

Pada masa yang sama, seorang pegawai KKM kemudiannya mengesahkan bahawa kemas kini setiap hari akan berterusan dalam bentuk kenyataan akhbar.

Perubahan ini berlaku susulan kes COVID-19 di Malaysia yang semakin memperlihatkan trend penurunan pada beberapa minggu kebelakangan ini.