KKM Melaporkan 93 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 61 Orang Sembuh Hari...

KKM Melaporkan 93 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 61 Orang Sembuh Hari Ini

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 93 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,970 orang.

Daripada 93 kes baharu positif, 91 adalah Bukan Warganegara manakala baki dua (2) kes adalah Warganegara…

Dua (2) kes Warganegara dilaporkan dari Selangor manakala 91 kes Bukan Warganegara dilaporkan dari KL (55 kes) dan Negeri Sembilan (36 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 61 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 6,531 orang bersamaan dengan 81.94% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPCC Kebangsaan, KKM…

Menurutnya lagi sebanyak kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 2 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 115 kes iaitu bersamaan 1.44%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P