Klip Video Kenyataan Shafie Apdal Kaitkan “BERSATU INI UMNO” Satu Tuduhan Jahat...

Klip Video Kenyataan Shafie Apdal Kaitkan “BERSATU INI UMNO” Satu Tuduhan Jahat Dan Fitnah Melampau?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Beberapa orang ahli dan pemimpin Pribumi BERSATU Sabah yang enggan nama mereka disebutkan mengecam kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal selepas tular video yang berdurasi dua minit sebelas saat memaparkan perbualan Shafie dengan sekumpulan wanita yang turut menyebut “INI BERSATU UMNO, KAMU FAHAM KA POLITIK INI”.

Sambil menyifatkan kenyataan Shafie sebagai satu tuduhan yang dangkal dan fitnah jahat, mereka turut menyuarakan rasa kehairanan apabila wakil rakyat UMNO yang melompat menyertai Parti Warisan dianggap suci oleh pemimpin Warisan tetapi apabila wakil rakyat UMNO membawa masuk dan menyertai BERSATU di Sabah dianggap sebaliknya.

“Kami fikir perkara ini tidak akan jadi isu kalaulah semua mantan wakil rakyat UMNO yang menubuhkan BERSATU di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah.”

Pemimpin UMNO yang melompat menyertai Parti Warisan terdiri daripada Muis Picho (ADUN) Sebatik, Hamisah Samat (ADUN) Tanjung Batu, Osman Jamal (ADUN) Balung, Jamawi Jaafar (ADUN) Kemabong, Musbah Jamli (ADUN) Tempasuk termasuk Adun Sukau.

Shafie dalam satu kenyataan turut mengakui video tersebut sebagai klip lama dan berkata keadaan telah berubah dan partinya, Warisan, kini bekerjasama dengan BERSATU.

Ahli BERSATU yang lainnya turut mengulas “apa yang kami lihat BERSATU di Sabah bukan hanya diserang oleh Parti Barisan Nasional (BN) tetapi juga dari Parti Warisan Sabah.”

“Hanya pemimpin tertinggi kami sahaja yang tahu layanan pimpinan Warisan terhadap BERSATU tapi apa yang kami lihat mereka tetap mengambil pendekatan bersabar.”

Untuk rekod, BERSATU di Sabah kini mempunyai bilangan ahli paling ramai di seluruh Malaysia dimana mengikut rekod hampir 120,000 lebih keahlian kini berjaya didaftarkan.

BERSATU Sabah dipengerusikan oleh tokoh politik Datuk Seri Hajiji Haji Noor selepas Parti tersebut dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 04 April yang lalu.