Konflik Ketiga Tun M Dan Institusi Di Raja – Dr Salleh

Konflik Ketiga Tun M Dan Institusi Di Raja – Dr Salleh

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membayangkan konflik terbaru antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan institusi diraja.

Ini selepas kenyataan bekas perdana menteri itu mengenai ‘Lanun Bugis’ pada perhimpunan pembangkang di Petaling Jaya, 14 Oktober lalu, yang disifatkan cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis di man telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Insiden ini juga menyebabkan ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor mencadangkan agar Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Kalau tidak berhati-hati, ini akan menjadi satu lagi konflik antara Mahathir dan raja-raja Melayu.

“Dan ini akan menjadi konflik ketiga selepas dua daripadanya berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri,” kata Salleh menerusi blognya.

Oleh itu, Dr Salleh berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipengerusikan Mahathir, tidak boleh berdiam diri.

Tambahan lagi, Dr Salleh menggesa pemimpin DAP Lim kit Siang untuk menjelaskan perkara tersebut bagi pihak HARAPAN untuk menyatakan pendirian sama ada setuju atau tidak mengenai kenyataan Tun Mahathir tersebut.

“Sikap berdiam Lim boleh ditafsirkan sebagai bersetuju dengan Mahathir bahawa bangsa Bugis adalah lanun dan terdapat lebih daripada seorang sultan yang berasal dari Bugis.

“Walaupun BN mengutuk kenyataan Mahathir yang menghina kaum Bugis, pendirian HARAPAN kelihatan tidak jelas.

“Oleh itu Lim mesti tampil dan menjelaskan pendirian HARAPAN,” katanya.

Lim bukan salah seorang anggota majlis presiden HARAPAN.

Mahathir membuat kenyataan mengenai lanun Bugis pada perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” anjuran HARAPAN di Petaling Jaya bulan lalu.

Beliau mempertahankan kenyataannya dengan mengatakan bahawa ia ditujukan kepada perdana menteri dan bukan bertujuan menghina masyarakat Bugis.

Ketika menjadi perdana menteri, Tun Mahathir pernah berusaha membendung kuasa institusi diraja, termasuk memperkenalkan mahkamah khas Raja-Raja dan melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.