KPKT Teliti Cadangan 13 Bidang Tanah Oleh Kerajaan Sarawak Untuk Lokasi Pembinaan...

KPKT Teliti Cadangan 13 Bidang Tanah Oleh Kerajaan Sarawak Untuk Lokasi Pembinaan Rumah Mampu Milik

0
SHARE
Zuraida Kamaruddin...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti 13 bidang tanah yang telah dicadangkan oleh kerajaan negeri Sarawak samada ia sesuai atau tidak untuk dijadikan lokasi pembinaan rumah mampu milik.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT tidak mempunyai masalah untuk menerima cadangan tersebut namun perlu menyemak semula lokasi tanah itu untuk memastikan ia sesuai dan tidak membebankan pemiliknya.

“…ianya mesti stratergik dan terletak di dalam kawasan yang ada infrastruktur, kalau tidak ia akan membebankan kos sara hidup kepada (golongan) B40 yang duduk dan memiliki rumah dalam kawasan ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zuraida menambah KPKT akan melawat kesemua 13 bidang tanah itu dan memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai kesesuaian tanah dan sekiranya tidak sesuai kerajaan negeri mungkin boleh menggantikan dengan tapak tanah yang lain.

– BERNAMA