Krisis Dua Negara Punca Filem Keluaran India Tidak Ditayangkan Di Pakistan

Krisis Dua Negara Punca Filem Keluaran India Tidak Ditayangkan Di Pakistan

0
SHARE

KARACHI, PAKISTAN – Krisis ketegangan antara dua negara Pakistan-India di Wilayah Kashmir menyebabkan kerajaan Pakistan mengarahkan supaya seluruh panggung wayang di negara itu tidak menayangkan filem keluaran India.

Kesan daripada situasi tersebut telah memaksa rangkaian pawagam terbesar di Pakistan, Cinepax Cinemas untuk menayangkan semula filem-filem lama Pakistan.

Ini bukan kali pertama arahan seumpama itu dikeluarkan kerana beberapa tahun kebelakangan ini arahan sama pernah dikuatkuasakan setiap kali berlakunya konfrontasi di kawasan Garisan Kawalan (LoC), iaitu sempadan de facto yang memisahkan Kashmir.

Filem Bollywood yang kebiasaannya berdurasi selama tiga jam amat popular dalam kalangan rakyat Pakistan.

“Jumlah pengunjung panggung wayang jatuh mendadak sejak arahan itu dikeluarkan,” kata pegawai eksekutif Media City Productions, Syed Mubashir Imam.