Kurup Beri Kenyataan Kepada Polis Berkenaan PRU14

Kurup Beri Kenyataan Kepada Polis Berkenaan PRU14

0
SHARE
Tan Sri Joseph Kurup...

KENINGAU, SABAH – Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk membantu polis dalam siasatan mereka ke atas Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kawasan Parlimen Pensiangan.

Kurup, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pensiangan, tiba di IPD itu pada jam 10 pagi untuk memberi kenyataannya di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah dan keluar pada jam 12 tengah hari.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada polis dan mereka telah menjalankan tugas dengan profesional,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diiringi Timbalan Presiden PBRS dan Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup, serta 40 pemimpin dan anggota parti itu dari Sook dan Nabawan.