Labuan Dipilih Sebagai Tempat Kursus Kejurulatihan & Pengelolaan Pertandingan Serta Pentauliahan Lencana...

Labuan Dipilih Sebagai Tempat Kursus Kejurulatihan & Pengelolaan Pertandingan Serta Pentauliahan Lencana Pengadil Gred 3 MTWA

0
SHARE

LABUAN – Seramai 20┬ápeserta dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah telah mengambil bahagian selama dua hari Kursus siri 3/2017 Kejurulatihan dan Pengelolaan Pertandingan Serta Pentauliahan Lencana Pengadil Gred 3 Persatuan Tarik Tali Malaysia MTWA di Bangunan Perbadanan Labuan semalam, Ahad.

Kursus selama dua hari ini telah berjaya disampaikan oleh Presiden Persatuan Tarik Tali Malaysia Encik Zulkifli Ahmat dan dibantu oleh Tuan Major Azmi Mohammad. Untuk kali ini, Majlis Penutupan Perasmian Kursus siri 3/2017 Kejurulatihan dan Pengelolaan Pertandingan Serta Pentauliahan Lencana Pengadil Gred 3 Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA) ini telah disempurnahkan oleh Encik Masri Awang Tengah, Naib Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Labuan.

Dalam ucapan perasmian penutup Encik Masri Awang Tengah merasa bangga kerana Labuan telah dipilih sebagai tempat kursus MTWA dan berterima kasih kepada pihak MTWA atas sumbangan kepegawaian untuk menjayakan kursus tersebut.

Mereka berharap semua peserta dapat hadir pada pertandingan-pertandingan yang bakal dijalankan di seluruh negeri Sabah dan mendalami teknik pengadil MTWA dan dan mencontohi atlet-atlet pengadil yang telah dianugerahkinan lencana pengadil kebangsaan pada penutupan kursus semalam.

Berikut adalah senarai nama barisan pengadil kebangsaan yang telah menerima lencana rasmi dari MTWA, iaitu;

1. Karno Jeff (Kota Belud, Sabah)
2.Mohd Zaki Bin Man (Kedah)
3. Fadzli Adnan (Johor)
4. Ramli Bin Awang (Kedah)
5. Zakaria B. Abdul Rahman
6. Aggo Ampilah @ Esmond (Tuaran, Sabah)
7. Billy Simon (Penampang, Sabah)
8. Faizul B. Ahmat (Sipitang, Sabah)
9. Mohd Asmawi Majingkin Abdul
10. Melvind Raymond (Papar, Sabah)
11. Philip Jukim (Papar, Sabah)
12. Pedi Lapok B. Amit (Limbang, Sarawak)
13.Mohd Shahnusi Abdul Karim (Limbang, Sarawak)
14 Thonny Douglas (Sipitang, Sabah)
15.Frederick Leonardus (Sipitang, Sabah)

“Semua Pengadil bertauliah ini boleh mengadili pertandingan kebangsaan dan Terbuka Dunia di Langkawi bulan Disember ini,” kata Major Azmi Mohammad, Pengerusi Teknikal Pengadilan MTWA .