Lagi 1 Kes Kematian, 170 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

Lagi 1 Kes Kematian, 170 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa setakat jam 12 tengah hari ini, terdapat jumlah kes baharu positif COVID-19 iaitu sebanyak 170 orang dengan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 3,963 orang.

Menurut beliau, jumlah pesakit discaj setakat hari ini sebanyak 80 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,321.

Sumber Foto; KKM…

Walau bagaimanapun, terdapat pesakit COVID-19 masih ditempatkan di ICU sebanyak 92 orang di mana 50 orang daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau turut berdukacita memaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara kita setakat ini adalah 63 orang.

Sumber Foto; CPRC Kebangsaan, KKM…