Lagi Perkampungan Setinggan Terbakar, Apa Dah Jadi Kerajaan Warisan Sabah?

Lagi Perkampungan Setinggan Terbakar, Apa Dah Jadi Kerajaan Warisan Sabah?

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Insiden terkini kebakaran perkampungan rumah setinggan dipercayai kali yang ke-14 di Sabah yang melibatkan kebakaran di Kampung Bajau, Lahad Datu kelmarin pagi, mula mendapat reaksi negatif daripada rakyat tempatan Sabah terhadap peranan sebenar Kerajaan Warisan Sabah menangani isu setinggan di Sabah pada masa ini.

Menurut sumber maklumat, sebanyak enam biji rumah terlibat dengan kebakaran tersebut dan majoriti penduduk yang tinggal di Kg. Bajau Lahad Datu dipercayai terdiri daripada pemegang dokumen IMM13 dan ada diantaranya tidak mempunyai langsung kad pengenalan diri yang sah.

Baharuddin seorang penganalisis politik bebas berkata, insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Pasir Putih Putatan Sabah pada 11 Januari yang lalu tidak wajar dikaitkan dengan insiden konspirasi, ini kerana majoriti penduduk di kampung tersebut meskipun ada yang berbangsa Bajau dan Bugis, tetapi mereka mempunyai dokumen yang sah.

Kebakaran yang berlaku di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah melibatkan sebanyak 55 buah rumah terbakar…

Namun, kebakaran yang berlaku di perkampungan-perkampungan setinggan yang lainnya, majoriti dihuni oleh Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang sepatutnya disiasat secara terperinci oleh pihak berwajib terhadap punca sebenar kebakaran tersebut berlaku.

Seorang rakyat tempatan Sabah yang enggan dikenali turut memberikan komen kekesalan beliau dengan kekerapan kebakaran yang berlaku di perkampungan setinggan di mana kebanyakan mangsa terdiri daripada suku kaum Bajau asal Filipina dan turut berdoa agar mangsa kebakaran sentiasa bersabar dengan bencana malang ini.

Pada masa yang sama, beliau turut bertanya status penempatan mangsa yang terlibat kebakaran sebelum ini.

“Terdapat belasan perkampungan setinggan yang terbakar berlaku sejak Parti Warisan menjadi kerajaan Sabah dalam tempoh 8 bulan ini. Saya ingin bertanya adakah mangsa-mangsa kebakaran ini telah diberikan tanah yang sah untuk perkampungan atau sebaliknya, sedangkan dalam masa yang sama ramai lagi warganegara di Sabah turut tidak mempunyai tanah apatah lagi memiliki rumah sendiri”.

Turut dipersoalkan oleh beliau adalah “adakah dokumen yang sah juga akan diberikan kepada mangsa kebakaran sekiranya mangsa terlibat itu adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa dokumen”.

Berhubung isu kebakaran yang sering berlaku terhadap perkampungan setinggan di Sabah ini, pelbagai respon diutarakan oleh para Netizen di laman media sosial Facebook;