Lagi Video Tular Lori Angkut Balak, Rakyat Sabah Semakin Marah Dengan Shafie?

Lagi Video Tular Lori Angkut Balak, Rakyat Sabah Semakin Marah Dengan Shafie?

0
SHARE

RANAU, SABAH – Sejak kelmarin satu lagi video telah tular di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp di mana kelihatan hampir 10 buah lori sarat dengan kayu balak sedang lalu di jalan raya Tarawas Pinawantai Ranau, Sabah.

Video yang berdurasi satu minit 14 saat tersebut secara jelas telah mengundang kemarahan rakyat Sabah dan tidak dapat disahkan masa dan tarikh kejadian tersebut dengan tepat.

 

 

 

 

 

 

Dalam video tersebut turut kedengaran perbualan beberapa individu yang merakam konvoi balak tersebut dengan dialek bahasa Dusun dan ada antara mereka yang menyebut “ini kerja Shafie Apdal ini.”

Beberapa orang individu yang ditemui dan enggan nama mereka disebutkan ketika diminta mengulas mengenai video yang tular tersebut berkata “sebelum ini walaupun ada pembalakan di Sabah tetapi bukan dengan jumlah yang begitu banyak. Apa akan jadi dengan kayu balak di Sabah dalam tempoh berbaki tiga tahun setengah sebelum PRU ke-15 sekiranya Shafie Apdal masih lagi menjadi Ketua Menteri Sabah?”

“Sekarang kayu balak ditebang di merata tempat, sebelum ini pembalakan dapat dikesan di daerah Papar, Ranau, Nabawan dan beberapa tempat di Sabah, apa yang kami khuatir bencana banjir akan berlaku dengan teruk khususnya di daerah Penampang dan lain daerah di Sabah, sungai juga turut tercemar akibat pembalakan ini,” mereka berkata lagi.

Sebelum ini rakyat Sabah turut digemparkan selepas tular video hampir 60 buah lori yang penuh dengan kayu balak dan kenderaan orang awam turut terkandas di laluan Sapulut ke Kalabakan akibat sebuah lori jenis treler telah terbalik dan menyebabkan balak yang diangkat telah berjatuhan ke jalan raya.

Susulan insiden tersebut beberapa NGO dan individu tampil bersuara menyatakan Shafie sepatutnya meletak jawatan kerana gagal menangani isu balak di Sabah…

Mereka turut mendakwa adakah pemimpin Warisan terlibat dengan aktiviti pembalakan ini memandangkan terdapat bukti lesen balak diluluskan selepas Warisan mentadbir Sabah.

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Gerakan Anti Rasuah Malaysia atau GERAM juga turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin tidak terkawal.

GERAM dipetik berkata lagi meminta SPRM mewujudkan pasukan khas dan tampil menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin menjadi-jadi dan turut khuatir ianya akan menyebabkan bencana alam terutamanya banjir dan yang lebih parah lagi adalah pencemaran air sungai untuk kegunaan harian penduduk kampung.

Berhubung perkara ini, berikut merupakan suara kemarahan para netizen yang majoritinya masyarakat Sabah yang dilontarkan melalui laman media sosial Facebook;