Laman Sosial Rasmi Facebook Shafie Apdal, CM Sabah Likers Dikecam Hina Wanita...

Laman Sosial Rasmi Facebook Shafie Apdal, CM Sabah Likers Dikecam Hina Wanita Dan Calon PBS Sandakan?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas memuat naik hantaran berunsur lucah yang menggambarkan seorang kanak-kanakย  sebagai bahan jenaka, laman sosial ‘CM Sabah Likers’ memuat naik pula gambar penghinaan terhadap seorang aktivis terkenal Thailand yang bernama Mama Sitang kononnya adik kepada kepada calon PBS Sandakan Datuk Linda Tsen.

Laman sosial ‘CM Sabah Likers’ dipercayai dikendalikan oleh ahli Parti Warisan Sabah telah memuat naik dua keping gambar itu kelmarin dan telah dikongsikan oleh warganet yang lain sebanyak 646 kali, yang menggambarkan kononnya aktivis tersebut adalah adik kepada Datuk Linda dan merayu undi bagi pihaknya.

Turut ditulis perkataan beserta gambar emoji senyum bagi tujuan penghinaan kepada kedua wanita terbabit “Siapa punya kerja ni…cepat mengaku kamu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…??”

Rata-rata warganet dilihat amat marah dengan hantaran terbaru CM Sabah Likers tersebut…

Seorang aktivis wanita yang ditemui dan enggan namanya disiarkan menyifatkan page rasmi Shafie Apdal, CM Sabah Likers sebagai biadap dan amat keterlaluan kerana telah menghina Datuk Linda sebagai kaum wanita.

“Meskipun gambar aktivis tersebut mungkin tidak sempurna pada pandangan mereka, namun membuat penghinaan terhadap orang lain adalah perbuatan tidak bertamadun dan cukup biadap”.

Warganet lain pula turut berkongsi nada yang serupa dengan menyifatkan ahli Parti Warisan Sabah yang mengendalikan ‘page’ Shafie Adpal untuk tidak terlalu angkuh dengan membuat penghinaan yang keterlaluan terhadap wanita.

“Ini kah maksud mereka dengan slogan ” Sabah Kita Punya” dengan menghalalkan hinaan terhadap golongan wanita”, tambah beberapa orang warganet lagi.

Warganet lain pula menyeru agar seluruh rakyat Sabah menolak Parti Warisan yang dianggap memiliki kualiti ahli yang rendah akhlak dan tidak bermoral serta menolak calon DAP Sandakan sebagai signal terhadap penghinaan tersebut.