Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ditutup Sementara Waktu Akibat Taufan Kammuri

Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ditutup Sementara Waktu Akibat Taufan Kammuri

0
SHARE
Sekitar keadaan di dalam Lapangan Rerbang Manila, Filipina...

MANILA, FILIPINA – Lapangan Terbang Antarabangsa Manila akan dibuat sementara waktu bermula hari ini sebagai langkah keselamatan susulan Taufan Kammuri yang berlaku.

Memetik laporan AFP, hal ini diumumkan oleh Pihak berkuasa Manila dengan berkata “syarikat penerbangan dan pihak berkuasa (Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila) mengambil keputusan menutup lapangan terbang.”

“Berdasarkan anggaran kami, ia akan ditutup mulai 11 pagi (waktu tempatan) hingga jam 11 malam (waktu tempatan) esok,” kata pengurus besarnya, Ed Monreal kepada wartawan, semalam.