Laporan Polis Dibuat Ke Atas Kerajaan PH Berkaitan Penganiyaan Ke Atas Dato’...

Laporan Polis Dibuat Ke Atas Kerajaan PH Berkaitan Penganiyaan Ke Atas Dato’ Seri Najib

0
SHARE

IPOH, PERAK – Satu laporan Polis telah dibuat ke atas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan penahanan dan pendakwaan ke atas Dato’ Seri Najib dianggap sebagai satu penganiayaan.

Laporan tersebut dibuat oleh seorang aktivis masyarakat Zainuddin Ismail di Kampung Rapat Perak di sini, hari ini.

Dalam laporan polis tersebut Zainuddin menyatakan bahawa tangkapan dan tuduhan SPRM ke atas Najib adalah satu penganiayaan dan menyalahi undang-undang negara ini.

Zainnuddin menegaskan perkara ini kerana jawatankuasa Petugas Khas 1MDB dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai ‘konflik kepentingan’ serta terlibat dengan pertubuhan Anti Najib Campaign (ANC) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan pusat.

Maka, segala siasatan, serbuan, rampasan, tangkapan dan pendakwaan yang dilakukan berkaitan siasatan oleh jawatankuasa¬†Petugas Khas 1MDB adalah tidak mempunyai ‘Local Standi’.

Ini menunjukkan tindakan tersebut adalah tidak sah kerana mereka tidak diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan siasatan…

Di akhir laporan, Zainuddin menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib bertanggungjawab dan mematuhi “Rule of Law” dalam negara ini.