Latheefa Koya Ketuai SPRM Ganti Shukri

Latheefa Koya Ketuai SPRM Ganti Shukri

0
SHARE
Latheefa Koya...

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Perlantikan Latheefa dibuat selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir 17 Mei 2020.

Menurut kenyataan yang dibuat Pejabat Perdana Menteri, hari ini, memaklumkan bahawa pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan itu juga menyebut Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.

Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull…

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” menurut kenyataan itu.

Tambahan, kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa “pelantikan ini antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan.”

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016 telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh dua tahun selepas kerajaan baharu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.

Menurut sumber, Latheefa merupakan seorang peguam, aktivis kemanusiaan dan juga anggota jawatankuasa pusat PKR yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu hak asasi manusia, dan kritikannya terhadap dakwaan kronisme dan nepotisme dalam partinya, PKR.