Lawatan Tun M Ke Vietnam Tingkatkan Hubungan Nilai Dagangan Dua Hala

Lawatan Tun M Ke Vietnam Tingkatkan Hubungan Nilai Dagangan Dua Hala

0
SHARE

HANOI, VIETNAM – Lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Vietnam selama tiga hari bermula esok akan memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan nilai dagangan dua hala kepada US$15 bilion pada tahun depan.

Duta Malaysia di Vietnam Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa berkata lawatan pertama Dr Mahathir itu setelah memegang jawatan perdana menteri untuk kali kedua, atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.

Beliau berkata lawatan ini akan merapatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin selama 46 tahun, sejak 1973.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan untuk mempromosikan kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, isu serantau dan antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dijangka dibincangkan dalam pertemuan kali ini, kata beliau.

– BERNAMA