Lebih Sejuta Orang Berhimpun Menuntut Pengunduran Presiden Chile

Lebih Sejuta Orang Berhimpun Menuntut Pengunduran Presiden Chile

0
SHARE
Sumber Foto; Reuters...

SANTIAGO, CHILE – Hampir lebih seminggu yang melibatkan lebih sejuta orang berhimpun di jalanan di Chile semalam untuk bantahan terbesar ang menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera.

Pemimpin bantahan memaklumkan penunjuk perasaan, dia ‘mendengar mesej’ dalam Twitter, menyokong protes sebagai cara untuk melakukan perubahan.

Memetik laporan AFP, penunjuk perasaan membawa bendera lama dan menyanyikan lagu bantahan popular 1973 hingga 1990 dari era pemimpin diktator Augusto Pinochet ketika negara itu, biasanya dilihat antara paling stabil di Amerika Latin, bergelut dengan keganasan terburuk sejak beberapa dekad.

Gabenor Santiago, Karla Rubilar menyifatkannya sebagai ‘hari bersejarah’ di Twitter, memuji ‘perarakan aman, mewakili impian sebuah negara Chile baharu.’

Rubilar berkata, lebih sejuta orang membuat bantahan di seluruh negara, sementara dewan bandaraya di sini meletakkan jumlah peserta yang berarak di ibu kota ialah 820,000 orang, memetik angka polis.

Sumber Foto; Reuters…

Sejak seminggu lalu, kemarahan rakyat Chile merebak daripada bantahan menentang struktur sosio-ekonomi yang mana ramai merasa dipinggirkan dengan gaji dan pencen rendah, penjagaan kesihatan dan pendidikan mahal serta jurang besar antara golongan kaya dan miskin.

Pinera, seorang jutawan konservatif menulis di Twitter bahawa, ‘perarakan aman secara besar-besaran dan gembira hari ini apabila rakyat menuntut keadilan dan kesaksamaan di Chile, membuka laluan baharu untuk masa depan dan harapan.’

“Kita mendengar semua mesej. Kita semua berubah. Dengan penyatuan dan bantuan Tuhan, kita akan menuju ke arah Chile yang lebih baik untuk semua,” katanya.

Awal minggu ini, Pinera memohon maaf kerana gagal menjangka wabak pergolakan sosial dan mengumumkan satu langkah segera seperti menaikkan pencen dan gaji minimum.

Beliau juga mengumumkan rancangan menamatkan perintah darurat dan menarik balik perintah berkurung waktu malam, walaupun kedua-duanya kini masuk hari ketujuh berturut-turut.