Wednesday, November 14, 2018
Lee Chong Wei Tetap Bersemangat Untuk Segera Kembali Sertai Kem Latihan –...

Lee Chong Wei Tetap Bersemangat Untuk Segera Kembali Sertai Kem Latihan – KJ

0
SHARE
DATUK LEE CHONG WEI...

KUALA LUMPUR – Semangat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih belum luntur untuk segera kembali menyertai kem latihan meskipun kini masih dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama.

Gambaran itu diberikan menerusi perbualannya dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang melawatnya hari ini dan dimuat naik dalam laman sosial Instagram, @khairykj.

Menerusi posting terkini itu juga, Khairy memuji semangat serta respons positif bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Melawat si juara hari ini.  Beliau baharu balik dari rawatan kanser selama enam minggu di Taiwan.  Saya  tanya sama ada beliau akan terus bermain. Tidak sabar untuk kembali ke gelanggang, kata Chong Wei. Gembira berjumpa @leechongweiofficial dalam keadaan baik dan bersemangat,” kata Khairy dalam akaun instagram @khairykj hari ni.

Khairy berkata, pada pertemuan itu Chong Wei kelihatan sihat dan ceria walaupun susut sebanyak lima kilogram selepas menjalani rawatan lebih enam minggu di Taiwan.

– BERNAMA