Lee Chong Wei Yakin Malaysia Mempunyai Pelapis Badminton Yang kuat

Lee Chong Wei Yakin Malaysia Mempunyai Pelapis Badminton Yang kuat

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraannya pada sidang media khas di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya semalam mengundang pelbagai reaksi daripada rakan-rakan jaguh badminton dunia.

Seteru utama beliau iaitu jaguh¬†badminton China, Lin Dan melalui hantaran laman media sosial Weibo berkata “Pergi ke gelanggang bersendirian. Tiada siapa yang mengiringi saya lagi.”

Lin Dan yang juga Juara dunia lima kali itu turut berkongsi sebuah lagu berjudul,¬†‘My friend, don’t cry dalam hantaran di laman sosial terbesar China itu.

Selain Lin Dan, bekas pemain Denmark, Peter Gade, yang juga bekas pemain nombor satu dunia pada 2006, turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Chong Wei atas kenangan manis yang dikongsi bersama selama beberapa tahun.

“Dunia badminton merindui anda dalam apa cara jua. Terima kasih atas semua detik yang kita berkongsi bersama selama beberapa tahun. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda bersama keluarga dan kawan-kawan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Lee Chong Wei melalui perkongsiannya di dalam laman media sosial Facebook miliknya meluahkan permohonan maaf atas tindakannya untuk bersara awal pada usia 37 tahun.

Beliau mengatakan bahawa sudah tidak mampu lagi bermain badminton untuk negara atas nasihat doktor bahawa risiko kanser hidung yang dihidapinya untuk kembali agak tinggi sekiranya berlatih dengan intensiti seperti dulu bagi kejuaraan besar di Tokyo 2020.

“Tokyo 2020 tidak kesampaian. Tetapi, saya rasa saya akan meninggalkan arena Badminton tanpa kekesalan. Dari kecil, impian saya memang nak mewakili nkegara ini. Dan rasanya, saya dah berjaya,” kata Lee Chong Wei.

“Jangan risau sangat atas pengunduran diri saya kerana kita mempunyai Barisan pelapis Yang kuat. Saya yakin dia orang boleh…

“Terima kasih kawan kawan. Minta maaf atas mana-mana yang tak sempurna dalam karier sukan saya. Dah tiba masa untuk kuda tua ini berehat. Terima kasih,” tambah beliau.