Lelaki Sanggup Tanam Implan, Cacah Wajah Dengan Tatu Agar Kelihatan Seperti Badut

Lelaki Sanggup Tanam Implan, Cacah Wajah Dengan Tatu Agar Kelihatan Seperti Badut

0
SHARE

CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila sanggup mencacah wajahnya dengan tatu semata-mata mahu kelihatan seperti badut.

Memetik kenyataan Kosmo Online, Richie Esposito turut menanam implan pada wajahnya dan berkata dia tidak menyesal dengan perbuatannya.

“Saya memang obses dengan badut. Sekarang saya telah merealisasikan impian zaman kanak-kanak saya,” katanya.

Esposito yang bekerja sebagai tukang gunting bagi menyara kehidupan keluarganya juga berkata, dia sering melakukan aksi lawak di hadapan pelanggannya.

“Ada yang suka, ada juga yang suruh saya diam dan berhenti. Apa pun, inilah personaliti saya…

“Saya suka bergurau, jadi saya memang layak jadi badut,” katanya.